28.4.12

Hukum Tinggal Solat


Assalamualaikum semua.  Apa khabar? Harap korang sihat sejahtera J .  pada hari ni sy nk share ape hukum kalo tinggal solat fardu :

TINGGAL KERANA INGKAR

Sesiapa yang diwajibkan ke atasnya solat dan dia meninggalkan kerana ingkar atau ingkar akan kewajipan wajibnya solat tetapi tidak tinggal dari melakukannya, maka dia adalah kafir dengan persepakatan ulama’, dan wajib bagi pemerintah untuk membunuhnya dengan sebab murtad dan dikenakan kesemua hukuman seperti orang murtad, sama ada yang mengingkarinya adalah lelaki ataupun perempuan.

Ini semua berlaku sekiranya mereka tinggal dengan orang-orang Islam. Maka sekiranya mereka baru masuk Islam ataupun tinggal jauh dari orang Islam, maka harus diringankan keatas mereka hukuman, dan hendaklah dimaklumkan akan kewajipan wajibnya solat, sekiranya mereka masih ingkar selepas mengetahuinya, maka akan dikenakan hukuman seperti orang murtad.

Jenis-jenis orang yang meninggalkan solat tanpa keingkaran.

1. Tinggal disebabkan keuzuran seperti tidur atau lupa, fuqaha’ telah bersepakat bahawa wajib ke atas mereka untuk mengqadha’ solat dan tidak berdosa.


2. Tinggal disebabkan tanpa keuzuran seperti buat-buat malas atau ambil mudah akan solat, maka ianya berdosa, tetapi para fuqaha’ berbeza pendapat mengenai hukumnya sama ada mereka ini kafir atau tidak dan adakah wajib dikenakan hukuman bunuh?


Sebahagian fuqaha’ seperti Imam Malik, Imam Syafii, Imam Abu Hanifah, Thauri dan ramai dari golongan salaf dan khalaf mengatakan ianya tidak kafir tetapi ianya fasik dan akan disuruh bertaubat, sekiranya mereka tidak bertaubat maka akan dikenakan hukum bunuh. Manakala Abu Hanifah pula berkata, mereka ini tidak dikenakan hukum bunuh tetapi dikenakan hukuman ta’zir seperti dipenjara atau dikerah untuk melakukan kebajikan.

HUJAH2 YANG MENGATAKAN IA TIDAK KAFIR :

      حديث عبادة بن الصامت، قالسمعت رسول الله (صيقولخمس صلوات افتراضهن الله من أحسن وضوءهن وصلاتهن لوقتهن وأتم ركوعهن وخشوعهن كان له على الله عهدا إن شاء غفرله وإن شاء عذبه. (رواه أبو داود)
(((Maksudnya : Hadis dari Ubadah bin Somat, telah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Lima solat yang mendapat keredhaan Allah adalah apabila baik wudhu’nya, baik solatnya didalam waktu solat dan sempurna ruku’ serta khusyu’nya, terpulang kepada Allah sama ada untuk memberikan keampunan atau diberi azab. (Riwayat Abu Daud)))

قوله صلى اللع عليه وسلم: "من مات وهو يعلم أن لا اله إلا الله دخل الجنة". (رواه مسلم)
(((Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Siapa yang mengakhiri hidupnya dan mengucap sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah maka ia masuk syurga”. (Riwayat Muslim)))

HUJAH2 YG MENGATAKAN IA KAFIR :

Mereka telah membawa hadis yang mengatakan kafir kepada siapa yang mengingkari akan kewajipan wajibnya solat dan yang mengatakan boleh untuk meninggalkan solat dengan sebahagian nas yang berbentuk umum seperti firman Allah: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. 

Telah berkata pula sebahagian yang lain bahawa ianya kafir dan akan dikenakan hukum seperti orang murtad keatasnya iaitu wajib membunuhnya, pendapat ini dari Ali bin Abi Talib dan Ahmad dan ayahnya telah berkata ianya dari Ibn Mubarak, Ishak dan Ibn Rohawiyah. Ini adalah dalil-dalil yang mereka:

حديث جابر رضي الله عنه قالسمعت رسول الله (صيقول: "بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة". (رواه احمد ومسلم وأبو داود)
(((Maksudnya : Hadis Jabir r.a telah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Perbezaan di antara lelaki Islam dan lelaki kafir adalah meninggalkan solat”. (Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)))

     عن بريدة قالقال رسول الله (ص): "العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر". (رواه الترميذي والنسائى)
(((Maksudnya : Dari Buraidah telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “perjanjian antara kita dan mereka adalah solat, maka siapa yang meninggalkannya ia kafir”. (Riwayat Tarmizi dan An-Nasai)))

   عن ابن عباس عن النبي (صقال:"عرى الإسلام وقواعد الدين ثلاثة عليهن أسس الإسلام من ترك واحدة منهن فهو كافر حلال الدمشهادة أن لا إله إلا الله والصلاة المكتوبة وصوم رمضان".
(((Maksudnya : Dari Ibn Abbas dari Nabi s.a.w telah berkata: “Ikatan Islam dan prinsip agama ada tiga keatasnya asas-asas Islam, sesiapa yang meninggalkan salah satu daripadanya maka ia kafir dan halal darahnya:  Syahadah sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah, solat dan puasa di bulan Ramadhan”.)))

   عن ابن عمر أن النبي (صقال:"أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام وحسابهم على الله عز وجل.
(((Maksudnya : Dari Ibn Umar bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: “Aku perintahkan supaya membunuh manusia sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah, dirikan solat, tunaikan zakat. Maka siapa yang melakukannya, terpeliharalah darah dan harta mereka kecuali hak Islam dan dihitungkan oleh Allah s.w.t.)))


 (terjemahan kitab fiqh muamalat apium)

Amacam ..lps bace ni korang rase takot x..? betapa teruknya kalo tinggal solat dengan sengaja kn..???? paling kurang pon dapat title FASIK.. nauzubillah. Jadi lps ni sme2 lah kite berhati2 dan tidak mengambil mudah ttg solat lima waktu ni .



Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku
hanyalah utk Allah tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment