assalamualaikum wbt.
sangat seronok berada di rumah sebenarnya. sudah lama menunggu masa cuti semester untuk bersama2 dgn keluarga. masa di rumah inilah kita kene banyak meluangkan masa bersama keluarga berbakti pada ibubapa , dan bermain bersama adikberadik yg lain. saya banyak habiskan masa di rumah dgn memasak, membasuh baju, main dengan adik dan main dengan kucing saya. bercerita tentang kucing saya, saya ada dua ekor kucing jantan di rumah, namanya chibi dan abu. walaubagaimanapun, fiil kucing sy sgt pelik sbb chib menyusu dengan abu padahal dua2 jantan. sgt pelik, mungkin sbb ibu mereka sudah lama pergi meninggalkan mereka sejak mereka masih kecil lagi. jadi sy biar jelah perbuatan mereka ni.
saya harap cuti ni sy betol2 dpt menjadi anak yg baik dan dpt menjadi insan dan hamba allah yg lebih baik.
وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا (٢٣) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (٢٤) سورة الإسراء
Ertinya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
No comments:
Post a Comment